Gempa bumi Gempa bumi Turki–Syria 2023

Gegaran induk

Gegaran induk
Peta gerakan tanah

Gempa bumi melanda pada waktu 01:17 UTC (9.17 pagi waktu Malaysia), diukur oleh pihak USGS, GCMT, dan GEOSCOPE masing-masing pada momen magnitud Mww 7.8, Mw  7.8,[16] dan Mw 8.0.[17] Pusat gempanya terletak di koordinat 37°9′57.6″N 37°1′55.2″E / 37.166000°N 37.032000°E / 37.166000; 37.032000, 34 km (21 bt) di barat bandar Gaziantep di Wilayah Gaziantep berdekatan sempadan Syria. Hipopusat gempa terletak sedalam 17.9 km (11 bt).[1]

Gegaran ini mempunyai mekanisme fokus yang sepadan sesar jurus-gelincir cetek.[1] Pecahan berlaku pada sesaran jurus timur laut–barat daya dan junam timur laut, ataupun sesaran jurus timur laut–barat daya dan junam barat laut.[17]

Ini merupakan antara gempa bumi terkuat pernah dicatat di Turki, menyamai gempa bumi Erzincan 1939,[18] mungkin hanya di belakang gempa bumi Anatolia Utara 1668.[19][20] Secara global, ia merupakan yang terkuat dicatat sejak Ogos 2021.[21]

Gegaran depan dan susulan

Gegaran depan berukuran mb  4.2 melanda 5 km (3.1 bt) di barat Bahçe, Wilayah Osmaniye pada 3 Februari.[22]

Gegaran susulan Mw 7.7
Peta gerakan tanah

Setakat 20 Februari, telah tercatatnya lebih 6,000 gegaran susulan.[23][24] Gegaran susulan berukuran Mww 6.7 berlaku kira-kira 11 minit selepas gegaran induk.[25] Tercatatnya 25 gegaran susulan Mw  4.0 ke atas dalam enam jam setelah gegaran induk, menurut USGS. Lebih 12 jam kemudian, USGS melaporkan sekurang-kurangnya 54 gegaran susulan dengan magnitud 4.3 ke atas manakala Kepimpinan Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki (Afet ve Acil Durum Yönetimi Başkanlığıcode: tr is deprecated , AFAD) mencatatkan sekurang-kurangnya sejumlah 120 gegaran susulan.[26] Pada 20 Februari, sebuah gegaran susulan Mww  6.3 melanda berdekatan Uzunbağ di Wilayah Hatay pada 20 Februari, terhasil daripada sesar serong-normal.[27]

Terdapat satu gegaran susulan besar sebanyak Mww 7.5 atau Mw 7.7 menurut GEOSCOPE[28] dan GCMT,[16] melanda pada waktu 10:24 UTC dengan pusat gempa 4 km (2.5 bt) di utara timur laut Elbistan di Wilayah Kahramanmaraş. Pecahan berlaku di sepanjang sesaran jurus-gelincir yang menjurus timur–barat menjunam utara, atau menjurus utara–selatan menjunam timur.[28] Malahan, ia disifatkan oleh banyak laporan awal sebagai gempa berasingan daripada gegaran susulan. Ia disusuli oleh dua lagi gegaran mb 6.0.

Seorang ahli sains di Pusat Penyelidikan Seismologi di Australia berkata dijangka gegaran susulan magnitud kecil akan berlarutan selama setahun. Akan tetapi, mungkin terjadinya gegaran susulan yang boleh menyebabkan goncangan kencang dalam berhari-hari hingga berminggu-minggu selepas gegaran induk.[29]

Gegaran susulan Mw 5.0 ke atas
TarikhWaktu (UTC)MMMIKedalamanRuj.
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari01:265.6 VII17.0 km (10.6 bt)[30]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari01:286.7 VIII14.5 km (9.0 bt)[31]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari01:365.6 VII10.0 km (6.2 bt)[32]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari01:585.110.0 km (6.2 bt)[33]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari02:035.5 VII10.0 km (6.2 bt)[34]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari02:235.2 IV11.4 km (7.1 bt)[35]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari04:185.0 VI14.5 km (9.0 bt)[36]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari10:247.7 X[37]10.0 km (6.2 bt)[16]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari10:266.0 VII20.1 km (12.5 bt)[38]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari10:355.8 VII10.0 km (6.2 bt)[39]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari10:515.7 VII10.0 km (6.2 bt)[40]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari11:015.0 VI10.0 km (6.2 bt)[41]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari11:055.2 IV10.0 km (6.2 bt)[42]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari12:026.0 VII10.0 km (6.2 bt)[43]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari13:075.0 VII17.1 km (10.6 bt)[44]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari13:395.1 VII10.0 km (6.2 bt)[45]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari13:445.0 VI10.0 km (6.2 bt)[46]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari15:145.3 V10.0 km (6.2 bt)[47]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari15:335.28.8 km (5.5 bt)[48]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari16:435.0 VI10.0 km (6.2 bt)[49]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari18:045.3 VI10.0 km (6.2 bt)[50]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari20:385.3 III10.0 km (6.2 bt)[51]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari20:445.010.0 km (6.2 bt)[52]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali6 Februari21:585.1 II10.0 km (6.2 bt)[53]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali7 Februari03:135.5 VII10.0 km (6.2 bt)[54]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali7 Februari07:115.4 VII10.0 km (6.2 bt)[55]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali7 Februari10:185.4 VII10.0 km (6.2 bt)[56]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali7 Februari15:485.0 VII8.3 km (5.2 bt)[57]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali7 Februari18:105.3 IV18.1 km (11.2 bt)[58]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali8 Februari11:115.4 VI7.5 km (4.7 bt)[59]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali8 Februari14:205.1 VI5.9 km (3.7 bt)[60]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali16 Februari19:475.2 V10.0 km (6.2 bt)[61]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali18 Februari22:315.0 III10.1 km (6.3 bt)[62]
0Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali.Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "&" tidak dikenali20 Februari17:046.3 VIII16.0 km (9.9 bt)[63]
Nota
  Magnitud 7.0 ke atas
  Magnitud 6.0–6.9
  Magnitud 5.4–5.9

Seismologi

Sesaran terbatas Mw  7.8
Agihan gelinciran sepanjang rekahan
Unjuran permukaan sesaran terbatas
Sesaran terbatas Mw  7.7
Agihan gelinciran sepanjang rekahan
Unjuran permukaan sesaran terbatas

Menurut Harold Tobin, pengarah Pacific Northwest Seismic Network dan profesor Universiti Washington, Sesaran Anatolia Timur mempunyai rekod gegaran bumi yang lama dan dikenal pasti sebagai kawasan yang amat terdedah kepada gempa. Tidak pernah tercatat gempa melebihi magnitud 7.0 pada sesaran tersebut semenjak zaman peralatan diperkenalkan. Akan tetapi, pada zaman-zaman sejarah pula pernah berlaku gempa sekuat magnitud 7.4. Menurut Tobin lagi, gempa-gempa 6 Februari "lebih hebat daripada kemungkinan yang paling dijangka", malah biasanya pecahan di sebelah sesaanr akan mencetuskan pecahan di sebelah lagi sesaran. Gempa bumi Ridgequest di California pada tahun 2019 terjadi daripada pecahan sepanjang dua sesaran.[64]

Pecahan gempa magnitud 7.8 ini adalah antara pecahan jurus-gelincir pedalaman terbesar di dunia, setanding dengan gempa bumi San Francisco 1906 yang terpecah di sepanjang Sesar San Andreas. Seorang profesor geofizik di Universiti Sains dan Teknologi Raja Abdullah, Arab Saudi berkata bahawa gempa mungkin berpecah sepanjang 300 km (190 bt) pada sesaran.[21] Dipercayai bahawa gempa telah memecahkan sebahagian Sesar Anatolia Timur dan Sesar Jelmaan Laut Mati.[65] Shinji Toda, seorang ahli seismologi di Universiti Tohoku, menggelar kejadian ini "gempa bumi cetek pedalaman paling dahsyat" pada abad ke-21.[66]

Model sumber yang dihasilkan oleh USGS menunjukkan bahawa gempa Mww 7.8 memecahkan tiga segmen sesaran dengan ukuran panjang × lebar berikut: Segmen 1 > 50 km (31 bt) × 30 km (19 bt); Segmen 2 >175 km (109 bt) × 30 km (19 bt); dan Segmen 3 >140 km (87 bt) × 30 km (19 bt). Pecahan bermula sepanjang Segmen 1—Segmen 1 bercabang dari Segmen 2 menghala ke barat daya. Pecahan tersebar ke timur laut sepanjang Segmen 2 dan ke barat daya sepanjang Segmen 3. Gegaran induk menghasilkan gelinciran maksimum 6.0 m (19.7 ka) sepanjang Segmen 2 di titik pertemuannya dengan Segmen 1.[1]

Pernah terjadinya gempa bumi jurus-gelincir pedalaman yang besar pada zaman lampau. Pada tahun 1905, dua gempa pedalaman Mw 8.0+ melanda Mongolia dan menghasilkan pecahan permukaan berjumlah 676 km (420 bt), bermula dengan gempa Tsetserleg, disusuli 14 hari kemudian dengan gempa Bulnay yang menghasilkan pecahan permukaan sepanjang 388 km (241 bt) menjurus timur–barat.[67] Pada tahun 2002, gempa Mw 7.9 berlaku di Alaska, memecahkan sesaran Denali dan Totschunda dan menghasilkan pecahan permukaan sepanjang 340 km (210 bt) di kedua-dua sasaran.[68] Sebuah gempa Mw  7.5 earthquake memecahkan bahagian Sesaran Motagua di Guatemala sepanjang 250 km (160 bt) ke atas; sesaran ini menandakan sempadan antara plat-plat Amerika Utara dan Caribbean.[69]

Gempa Mw 7.7 yang melanda 9 jam kemudian memecahkan suatu kekasapan (asperitycode: en is deprecated ) pada sesaran yang berukuran panjang ~120 km (75 bt) dan lebar ~18 km (11 bt), menghasilkan gelinciran sebanyak 10.9 m (36 ka) menurut USGS.[70] Sesaran yang melakukannya bukan sebahagian daripada Sesaran Anatolia Timur.[65] Ahli sains Ross Stein berkata gempa bumi ini boleh dianggap sebagai "peristiwa bergantung" yang tidak mungkin berlaku seandainya gempa induk tidak terjadi.[71] Pindahan tekanan Coulomb dari gempa pertama mendorong sesaran Sürgü dan Çardak ke arah kerosakan yang memecah pada gempa kedua.[72]

Keamatan maksimum Mercalli Terubah Suai untuk gempa-gempa Mw 7.8 dan 7.7 masing-masing dianggarkan pada takat XI dan X.[37] Tiga pangkalan seismik USGS, dua di Antakya dan satu di Hassa, mencatatkan pecutan dan halaju tanah yang tinggi. Hassa mencatatkan pecutan tanah sebanyak 0.9082 g dan halaju sebanyak 215.34 cm/s (84.78 in/s), bersamaan dengan keamatan Mercalli Terubah Suai XI di takat (Melampau). Pecutan anah kemuncak ialah 1.62 g yang dicatat oleh stesen di Fevzipaşa.[73]

Kesan geologi

Berlakunya ambelasan tanah besar-besaran di İskenderun, menyebabkan beberapa bahagian bandar ditenggelami laut sejauh 200 m (660 ka) ke pedalaman. Ambelasan ini mungkin berpunca daripada pecahan di sepanjang sesaran kembang yang menyebabkan anjakan tanah secara menegak. Pengarah eCoast Marine Consulting and Research di New Zealand, Jose Borrero berkata bahawa ambelasan sebanyak ini adalah terjangka daripada gempa bumi besar. Kejadian-kejadian ambelasan sedemikian juga pernah berlaku di Gölcük sewaktu gempa bumi İzmit 1999, dan juga di Kaikōura sewaktu gempa bumi New Zealand 2016. Kesan-kesan yang diperhatikan di İskenderun mungkin didatangkan oleh ksan-kesan daripada pencecairan, ombak-ombak besar daripada cuaca buruk dan juga tsunami.[74]

Tercatatnya ombak-ombak tsunami kecil di pesisir pantai Famagusta, Cyprus, berukuran 0.17 m (6.7 in) dan tidak meninggalkan sebarang kerosakan.[75] Ombak tsunami juga dicatatkan pada 0.12 m (4.7 in) di İskenderun dan 0.13 m (5.1 in) di Erdemli.[76]

Amaran tsunami dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Awam Itali untuk pesisir timur dan selatan, kemudian ditarik balik.[77][78][79] Amaran tsunami juga dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Astronomi dan Geofizik Kebangsaan Mesir untuk kawasan Laut Mediterranean termasuk pantai-pantai Mesir, dan itu pun ditarik balik akhirnya.[80]

Rujukan

WikiPedia: Gempa bumi Turki–Syria 2023 http://geoscope.ipgp.fr/index.php/en/catalog/earth... http://geoscope.ipgp.fr/index.php/en/catalog/earth... //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/12750512 http://earthquake.usgs.gov/regional/world/historic... //doi.org/10.1002%2F2017JB013962 //doi.org/10.1029%2FGL003i010p00599 //doi.org/10.1126%2Fscience.1082703 //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Gempa... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Gempa... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Gempa...